Sabtu, 13 Ogos 2011

Setelah Sekian Lama...

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia Serta Salam-salaman...

Owhh.. langsung x terasa. Rupa-rupanya dah masuk 2 bulan saya tidak update blog saya ni.. haha.. busy btul dengan penempatan klinikal saya. Saya sekarang kat Sri Aman, Sarawak. Lebih kurang 3 jam perjalanan dari kuching. Boleh lah dikatakan jauh..

Sepanjang penempatan saya ni, saya rasa memang best la. Sebab saya dah pandai menjahit! Yahooooo...!!~ bkn jahit kain.. tp jahit orang.. hehehe.. Bleh dikatakan banyaklah kes kemalangan kat sini. Di sini jugak buat pertama kalinya saya melihat prosedur pembedahan. Memang perlukan ketelitian la.. bkn sebarangan tu. hehe.. Kesterilan adalah perkara yang paling diutamakan.

Itu tadi sedikit perkongsian sepanjang penempatan saya di sini. Banyak lagi perkara yang saya mau kongsikan kepada anda semua. Di dunia ni semua orang ingin berjaya. Salah seorangnya ialah saya sendiri. Target saya hendak berjaya dalam dunia perniagaan online.. Tapi saya tidak tahu cara untuk memulakannya. Sekarang saya sudah mula atur strategi la. Nak mulakan perniagaan online secara kecil-kecilan dulu. Orang Berjaya kata "dalam perniagaan perlulah berani menanggung sebarang risiko".



Saya ada join program sistem Affiliate yang di namakan World Team Champion (WTC). Program ni cuma bermodalkan RM60 sahaja seumur hidup. Lebih kurang sebulan dah saya join program ni.. Alhamdulillah dapatlah menjana keuntungan dari program itu. Saya dapat membeli effect gitar brand BOSS saya.. Memang betul lah buat perniagaan online ni memang mudah & simple. Kita duduk jak pun dah masuk duit dalam akaun kita. Huhu.. Itulah kehebatan dunia sekarang. Itu terserah dengan diri kita sendiri. sama ada mau "take action" peluang ini ataupun tidak.

Hidup saya ni memang tidak pernah berpuas-hati. Saya sentiasa ingin memajukan diri saya.. Bukan sahaja dalam perniagaan online tetapi banyak lagi seperti belajar bermain gitar, mau mantapkan ilmu perubatan dsbnya.. Begitu banyak yang bermain di fikiran ini.. Hehe.. x apa la.. saya just layan & turuti kehendak hati saya ini.. Yang penting tidak melebihi paras normal kemampuan manusia..

Oklah sampai di sini sahaja perkongsian saya pada hari ini.. Semoga kita semua akan sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi.. Kita Pasti Boleh!!

Sekian & Terima Kasih!

1 ulasan:

  1. salam 1 malaysia boy.. :D wallaweh ko ni bng acai.. hehe... salam kenal dulu r.. :D er.. boleh tahan jgak r smpai jahit2 org sgala..hehe.. bgus2.. nnti keja lh di kunak r.. kasi bgun kunak tu.. :D

    BalasPadam

Bussiness Site

247VIPclub.com

Favourite Quote

Favourite Quote