Isnin, 13 Jun 2011

Tanda-tanda Wanita Tergoda Dgn Anda ...

Ciri Ciri wanita yang tergoda :

1)"Dia Tidak Senang Duduk"

Sesetengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan seterusnya. Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha mampu membuahkan hasil kerana ‘pintu’nya telah terbuka untuk anda. Biasanya tanda-tanda awal ini ditunjukkan dengan berjalan mundar-mandir di belakang anda atau tidak sengaja terlanggar bahu sambil menjeling manja. Walaupun dia sekadar mengatakan ‘Maaf!’, itu adalah petanda yang perlu diberi tindakan segera.

2) "Tunjuk Minat"


Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal tidak munasabah, dia masih memberi komen membina. Setiap isu yang anda timbulkan mendapat sokongan daripadanya. Sama ada anda memang pandai berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda. Lebih jelas lagi jika dia memainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali berbicara. Jika anda kurang yakin dengan maksud tersirat yang cuba disampaikan, dapatkan pandangan rakan yang ada bersama anda.


3) "Anda Diperkenalkan Kepada Rakannya"


Bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya: ‘Ini aku punya’, dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda. Jadi pastikan anda turut mengambil hati rakan-rakannya, namun jangan sampai dia cemburu.

 


 4) "Dia Men'jual' Dirinya"


Jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung dia ingin membuatkan anda terasa yang dirinya berbaloi untuk dimiliki.

 





5) "Bersikap Terbuka"



Biasanya wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang peribadinya. Hanya jika dia betul-betul berminat dan percayakan anda barulah segalanya akan diceritakan. Anggaplah ia sebagai petunjuk utama tentang keinginannya, terutama jika perihal jenama pakaian dalamnya juga turut diceritakan.WOW!

 



 6) "Membayangi Anda"

Bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, tetapi menjadi seperti bayang-bayang anda. Ke mana sahaja anda pergi, pasti dia akan mengikuti anda. Dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan anda walaupun tiada kena mengena dengan dirinya. Dia sebenarnya sedang lemas dengan keinginannya untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk menunjukkan kemahuannya agar tidak ‘lemas’ lagi.




 


7) "Anda Diajak Ke Tempat Lain..."

Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi bersama anda. Mungkin untuk berkenalan dengan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaanya terhadap anda. Kata-kata manis dan bicara anda bukan lagi soal utama baginya. Anda menjadi pilihan utama sebagai teman lelaki baginya.






Ini hanyalah sekadar pengalaman saya sahaja... hehehe.. mungkin pengalaman kita berbeza... kan... so, klu GF anda dah ada ciri2 mcm ni, itu adalah petanda BAIK Punya!! utk anda.... hehehe..

3 ulasan:

  1. Ohhh tidak semua sama kali. Hahaha.
    Aku lain lain

    BalasPadam
  2. Orang perempuan ni agak kompleks dalam bab hati n perasaan. Sebab tu apa2 perbuatan dari orang perempuan yang berkait dengan hati n perasaan ni, aku akan labelkan 'rumit' supaya aku dapat mencari 'the best action / solution' supaya menang-menang dapat dirasa. Apapun, ada benarnya juga poin2 di atas ni. Amat wajar untuk diambil perhatian oleh mereka yang solo-molo, ahaks! XD

    BalasPadam
  3. Yeahhh... itu lah tu... lain org lain jgak bah kan... hehe

    BalasPadam

Bussiness Site

247VIPclub.com

Favourite Quote

Favourite Quote

Follow by Email