Pembuka pintu
Soalan tertutup
Soalan terbuka
Kata penyambut
Penggalak minima
Menghadirkan diri
KEPENTINGAN
Kemahiran dalam
memulakan perbualan adalah kemahiran penting untuk memula dan meneruskan
perhubungan. Kemahiran ini perlu untuk pemimpin yang ingin menggunakan kuasa
personal, ahli politik yang ingin meraih undi, jurujual yang ingin mendapatkan
pelanggan, ahli perniagaan yang ingin membina jaringan perniagaan ataupun
individu yang memang suka untuk mengenali orang lain. Katakan anda berada di
satu majlis keramaian. Anda tidak mengenali sesiapa di situ. Untuk memecah
kesunyian, anda cuba menyapa seseorang di sebelah anda. Bagaimana anda
memulakan perbualan? Sapaan "Buat apa tu?" nampaknya agak
kurang sesuai. Manakala, "Apa pendapat encik tentang keadaan politik?"
nampaknya terlalu formal dan drastik. Jadi bagaimanakah cara terbaik untuk
memulakan perbualan.
Memulakan perbualan
dengan seseorang yang kita belum kenal bukanlah satu perkara yang sukar jika
anda mengetahui cara-caranya. Pertama, kenalpasti orang-orang yang anda rasa
bersifat terbuka dan mudah didekati. Anda dapat kenali dari mesej nonverbal
yang ditunjukkan. Mereka biasanya menampakkan senyum, anggota badan seperti
tangan dan kaki dalam keadaan terbuka dan sebagainya. Setelah anda sudah
mengenalpasti orang yang langkah seterusnya senyum, memulakan kontak mata dan
seterusnya memulakan perbualan. Untuk memulakan perbualan anda mesti memilih
mesej "Pembuka Pintu" anda.
Untuk membuka pintu
perbualan, anda boleh memilih tiga topik yang selalu diperbualkan iaitu:
- situasi
- orang lain
- diri anda sendiri
Untuk memulakan, anda
boleh memilih tiga cara yang selalu dilakukan iaitu:
- Bertanyakan soalan
- Memberikan pendapat
- Menyatakan fakta
SITUASI
Memulakan perbualan
dengan bercakap tentang situasi adalah biasanya lebih mudah berbanding dengan
topik-topik lain. Ini ialah kerana ianya tidak mencetuskan kerisauan dan dapat
melibatkan diri pihak tersebut.
Untuk memulakan topik
ini mudah saja. Anda cuma perlu lihat sekeliling dan tanya soalann atau
nyatakan sesuatu yang menarik perhatian anda dan orang lain. Contohnya seperti
berikut:
Anda sedang menunggu
bas di sebuah perhentian bas. Di sebelah and ialah beberapa orang lagi yang
sedang menunggu bas. Anda boleh mulakan perbualan dengan bertanyakan soalan,
"Pukul berapa bas ni sampai?" atau, "Bas ni selalu
lewat ke?", atau soalan kegemaran saya semasa saya kecil, "Pemandu
tu bawa bas ke buat bas?". Atau anda boleh menyatakan fakta, contohnya
dengan berkata, "Bas ni agaknya 5 jam lagi baru sampai!" atau
"Bas ni selalu lewatlah!" dan sebagainya.
ORANG LAIN
Kebanyakan orang suka
memberikan reaksi terhadap soalan yang berkenaan dengan diri mereka. Sebelum
anda mula, perhatikan apa yang orang itu sedang lakukan, atau apa pakaian yang
dipakai atau buku yang sedang dibaca dan sebagainya. Misalnya, "Awak
nampak macam nak cari sesuatu. Boleh saya tolong?", atau "Soalan
yang awak tanya pada penceramah amat menarik sekali" atau "Rupa
awak seiras dengan kawan saya" dan sebagainya.
Pembuka pintu terbaik
ialah mesj yang menunjukkan anda berminat. Misalnya, "Saya selalu
nampak saudara dan teringin nak berkenalan" atau "Saya minat
dengan cara awak sebab itulah saya datang nak bertemu muka". Pembuka
ini lebih berkesan berbanding dengan pembuka-pembuka yang tidak mempamirkan
minat si penanya.
DIRI SENDIRI
Topik berkenaan diri
anda sendiri bukanlah cara terbaik untuk memulakan perbualan. Ini ialah kerana
orang lain biasanya lebih berminat untuk bercakap tentang diri mereka
berbanding dengan diri kita. Walaubagaimanapun, kita boleh membuka maklumat
diri sekiranya mereka menunjukkan minat dengan bertanyakan soalan tentang diri
kita.
MENGOLAH SOALAN
Kecemerlangan anda
dalam perhubungan banyak bergantung kepada cara anda mengolah soalan pembuka
perbualan. Soalan yang diolah dengan baik akan menarik minat orang lain dan
soalan yang tidak wajar ditanya akan menyebabkan orang lain hilang minat.
Soalan yang tidak diolah dengan baik akan menyebabkan sipenanya merasakan
seolah-olah dirinya melakukan soal siasat. Terdapat dua bentuk soalan iaitu
soalan-soalan tertutup dan soalan-soalan terbuka.
SOALAN TERTUTUP
Soalan-soalan tertutup
ialah soalan-soalan berbentuk benar salah atau anika pilihan. Misalnya,
"Awak datang dari mana?", "Kita nak pergi pukul 4 ke pukul
5?"Betul ke awak tak nak datang?" dan sebagainya.
Soalan-soalan tertutup
adalah berguna untuk menggalakkan orang lain membuka maklumat diri mereka
secara spesifik. Soalan bentuk ini adalah soalan-soalan yang menjadi kegemaran
para peguam untum mendapatkan maklumat terperinci atau spesifik tentang sesuatu
kes mahkamah. Walaubagaimanapun dalam konteks pergaulan seharian, jika soalan
ini ditanya secara berterusan, perbualan itu menjadi tidak menarik dan membosankan.
Pendengar akan merasakan diri mereka seolah-olah disoalsiasat oleh pegawai
polis.
SOALAN TERBUKA
Soalan-soalan terbuka
ialah seperti soalan esei yang memerlukan jawapan yang lebih dari dua tiga
patah perkataan. Soalan berbentuk ini bukan saja meminta si pendengar memberi
penjelasan tetapi juga menunjukkan bahawa si penanya berminat dengan apa yang
telah diucapkan oleh si pendengar. Soalan-soalan bentuk ini selalunya bermula
dengan "Kenapa" dan "Bagaimana". Satu perbualan biasanya
dimulakan dengan satu dua soalan tertutup, kemudiannya diikuti dengan
soalan-soalan terbuka.
KESILAPAN DALAM MENGOLAH
SOALAN
Di antara kesilapan
yang selalu dilakukan ialah:
1. Bertanyakan soalan
yang terlalu terbuka. Misalnya, "Bagaimana kehidupan awak?"
atau "Apa cerita?".
2. Mula dengan
soalan-soalan susah. Misalnya, "Apa pendapat awak tentang perlumbaan
senjata nuklear?".
3. Bertanyakan soalan
yang bersifat terarah. Misalnya, "Awak tak nak minum, kan?"
atau, "Awak memang tak sukakan dia, kan?".
4. Menyatakan ketidak
setujuan sebelum meminta penjelasan.
5. Tidak tahu apa yang
patut ditanyakan.
MENERUSKAN PERBUALAN
Untuk menerus dan
menggalakkan perbualan, cara-cara berikut selalu digunakan:
1. Katakunci
2. Kata penyambut
3. Mengangguk kepala
4. Penggalak minima
KATAKUNCI
Bila seseorang itu
bercakap, dia akan menyampaikan perca-perca maklumat tentang dirinya.
Perca-perca maklumat ini merupakan maklumat percuma yang anda perolehi dan
boleh digunakan untuk meneruskan perbualan. Caranya ialah dengan memberikan
komen dan bertanyakan soalan. Maklumat yang diberi membolehkan anda
kenalpastikan beberapa katakunci yang boleh menjadi penyambung perbualan.
Misalnya jika seseorang itu memberitahu anda, "Saya pelajar UPM"
katakunci-katakunci yang anda kenalpasti ialah "pelajar" dan "UPM".
Sekiranya anda memilih katakunci "pelajar" maka soalan anda
seterusnya ialah, "Apa kursus yang awak ambil?". Sekiranya
katakunci "UPM" dipilih, anda mungkin bertanya, "UPM tu kat
mana?".
KATA PENYAMBUT
Kata penyambut
digunakan untuk menggalakkan si pembicara menjelaskan apa yang telah dikatakan
sebelumnya. Antara kata penyambut yang biasa digunakan ialah "Jadi?",
"Maksudnya?", "Contoh?", "Kemudian?",
"Lepas tu?". "Habis tu?" dan sebagainya.
Dalam Bahasa Inggeris, ungkapan yang selalu digunakan ialah, "meaning?",
"For example?", "Therefore?", "Which
means?", "Therefore" dan sebagainya. Kata penyambut
hendaklah diikuti dengan suasana diam untuk beberapa ketika bagi memberi
isyarat kepada si pembicara untuk menjelaskan apa yang telah dikatakan
sebelumnya.
MENGANGGUK KEPALA
Menangguk kepala ialah
isyarat universal yang membawa erti persetujuan. Dalam konteks ini anggukan
kepala membawa erti sipendengar masih bersama si pembicara. Teknik ini boleh
melahirkan suasana positif dan dapat menjadikan si pembicara suka untuk
meneruskan kata-katanya.
PENGGALAK MINIMA
Penggalak minima ialah
penggunaan ungkapan-ungkapan pendek dan ringkas untuk menggalakkan si pembicara
untuk meneruskan perbualan. Misalnya, "Ya, ya", "Ya
saya", "Ha a", "Ooo", dan
sebagainya. Dalam Bahasa Inggeris, ungkapan yang selalu digunakan ialah, "I
see", "Really?", "Yes, yes", "Yeah,
yeah", dan sebagainya.
KEMAHIRAN MENDENGAR
1. Menghadirkan Diri
Menghadirkan diri
bererti memberikan perhatian secara fizikal. Menghadirkan diri ialah komunikasi
bukan-lisan yang menunjukkan anda memberikan perhatian kepada pembicara. Di
antara aspek-aspek yang perlu di ambil perhatian ialah pergerakan badan,
pertemuan mata (eye contact) dan suasana sekeliling yang tidak mengalih
perhatian (non-distracting environment).
Seorang pendengar yang
baik akan menghalakan badannya ke arah pembicara dan berada dalam jarak yang
sesuai, tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh. Jika terlalu jauh, anda
akan dianggap tidak berminat atau tidak mengambil perhatian. Jika terlalu dekat,
anda dianggap menceroboh wilayah peribadinya. Anggota-anggota badan mestilah
dalam keadaan terbuka, misalnya tangan dan kaki hendaklah dalam keadaan tidak
bersilang. Pertemuan mata perlu ada, tetapi bukanlah secara berterusan, hanya
cukup untuk menunjukkan yang anda memberi perhatian. Masyarakat barat
menganggap pendengar yang tiada pertemuan mata dengan pembicara adalah tidak
sopan dan tidak jujur.
2. Menggalakkan Pengucapan
Untuk menggalakkan
pembicara untuk terus bercakap atau meluahkan perasaannya anda dicadangkan
untuk menggunakan teknik-teknik yang telah dibincangkan iaitu:
1. Memilih katakunci
2. Kata penyambut
3. Mengangguk kepala
4. Penggalak minima
3. Memberi Maklumbalas
Memberi maklumbalas
bermaksud memberi respon yang membolehkan anda memahami apa yang diucapkan oleh
pembicara. Teknik khas yang digunakan dikenali sebagai "Active
Listening". Teknik ini berguna dalam dua keadaan:
1. Bila anda kurang
pasti yang anda faham apa yang telah diucapkan.
2. Bila mesej yang
amat penting atau berbentuk emosional diucapkan.
Terdapat dua cara
untuk memberi maklumbalas:
1. Dengan meringkaskan
atau menyusun balik apa yang dikatakan oleh pembicara, contohnya, "Jadi
anda berpendapat bahawa ..." dan sebagainya.
2. Dengan menanyakan
soalan untuk mendapatkan penjelasan, contohnya, "Apa maksud anda bila anda
berkata ..." dan sebagainya.
PENDENGAR BAIK VS TIDAK
BAIK
Soalan tertutup
Soalan terbuka
Kata penyambut
Penggalak minima
Menghadirkan diri
1. Memilih katakunci
2. Kata penyambut
3. Mengangguk kepala
4. Penggalak minima
2. Bila mesej yang amat penting atau berbentuk emosional diucapkan.
2. Dengan menanyakan soalan untuk mendapatkan penjelasan, contohnya, "Apa maksud anda bila anda berkata ..." dan sebagainya.
Pendengar Yang Baik
- · Melibatkan orang lain
- · Memandang muka pembicara
- · Mendengar untuk memahami
- · Beri peluang pembicara luahkan
- · Elak dari bermusuh bila pendapat berbeza
Pendengar Yang Tidak Baik
- · Tidak libatkan org lain
- · Memandang siling, jam, lantai.
- · Mendengar untuk menjawab
- · Memonopoli perbualan
- · Memaksa orang terima pendapat.
RUJUKAN
Pease, A dan Garner, A
(1985). Talk Language. Sydney: Camel Publishing Company